JUMLAH kes Covid-19 harian terus menurun dengan 1,208 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 379.
Ini diikuti Sarawak dengan 251 kes dan Pulau Pinang 142 kes.
Jumlah kumulatif kes di negara ini kini 324,971 yang mana 15,511 adalah kes aktif.
Daripada jumlah kes Aktif, 155 menerima rawatan di unit rawatan rapi dan 70 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
1,973 kes pulih turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 308,247.
Tiga kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian 1,213.
Tiga kematian hari ini membabitkan seorang warga tempatan dari Johor berusia 55 tahun yang menghidap diabetis dan penyakit buah pinggang.
Dua lagi adalah wanita dari Sarawak berusia 64 tahun yang menghidap tekanan darah tinggi, gout dan penyakit buah pinggang dan seorang dari Selangor iaitu wanita warga asing berusia 70 tahun dan menghidap asma. – 15 Mac, 2021.

Komen