30 juta dos vaksin Covid-19 diberi dalam 8 minggu di India


India mensasarkan 300 juta penduduk akan disuntik vaksin Covid-19 menjelang Ogos. – Gambar EPA, 15 Mac 2021.

SEJUMLAH 30 juta dos vaksin Covid-19 telah disuntik dalam tempoh lapan minggu di India memandangkan beberapa negeri menunjukkan lonjakan kes jangkitan, kata Kementerian Kesihatan pada Isnin.

Negara kedua terpadat di dunia itu menyasarkan 300 juta penduduk akan disuntik menjelang Ogos.

Vaksin yang digunakan ialah vaksin Oxford-AstraZeneca dan Covaxin, dibangunkan syarikat tempatan Bharat Biotech.

Sebanyak 78.4% kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, antara negeri menyumbang kepada kes itu ialah Maharashtra, Punjab, Karnataka, Gujarat dan Tamil Nadu.

Jumlah kes meningkat sebanyak 26,291, mencatatkan lonjakan jangkitan harian terbesar tahun ini, dengan 118 orang meninggal dunia. 

Kes positif India yang disahkan setakat ini melebihi 11.3 juta manakala jumlah kematian adalah 158,723.

Jumlah kes aktif ialah 219,262. – Bernama, 15 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen