PEGAWAI kerajaan dan wakil rakyat hanya menyumbang 0.11% daripada hampir 300,000 vaksinasi yang dilakukan setakat ini, kata Khariy Jamaluddin.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata bahawa hanya 302 orang dari 292,104 yang menerima suntikan vaksin mereka sehingga 13 Mac, termasuk dalam kategori tersebut.
Petugas kesihatan yang terdiri daripada jururawat, doktor, pembantu perubatan, ahli farmasi, doktor gigi dan lain-lain merangkumi lebih 70% daripada jumlah vaksinasi.
Beliau berkata mereka lain yang turut menerima suntikan termasuk petugas barisan hadapan keselamatan seperti pegawai tentera, polis, pasukan pertahanan awam, Rela dan pegawai Kastam.
Kerajaan berhasrat untuk memberikan suntikan kepada 500,000 petugas barisan hadapan dalam fasa pertama program yang bermula pada 24 Februari lalu. – 15 Mac, 2021.
Komen