Belanda gantung penggunaan vaksin AstraZeneca


Pihak Berkuasa Ubat-ubatan Belanja menasihatkan agar satu langkah berjaga-jaga dilaksanakan dan menunggu siasatan lanjut, untuk menggantung pemberian vaksin AstraZeneca. – Gambar EPA, 15 Mac, 2021.

PEGAWAI kesihatan Belanda semalam berkata mereka menggantung penggunaan vaksin koronavirus AstraZeneca selama dua minggu selepas “kemungkinan kesan sampingan” dilaporkan di Denmark dan Norway.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata berdasarkan maklumat baharu, Pihak Berkuasa Ubat-ubatan Belanja menasihatkan agar satu langkah berjaga-jaga dilaksanakan dan menunggu siasatan lanjut, untuk menggantung pemberian vaksin AstraZeneca.

“Kita masih perlu berhati-hati, jadi adalah lebih baik untuk menggantung sementara sebagai langkah berjaga-kata,” kata Menteri Kesihatan Hugo de Jonge.

Negara lain termasuk Norway dan Denmark menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca susulan kebimbangan berkenaan pembekuan darah.

Kementerian itu berkata tidak ada kes serupa yang dikesan di Belanda namun mereka menasihati orang ramai yang sudah menerima vaksin untuk menghubungi doktor mereka jika mengalami gejala “tidak dijangka dan/atau tidak diketahui” selepas tiga hari.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat berkata bahawa “tidak ada alasan untuk tidak menggunakan” vaksin yang dibangunkan oleh makmal Sweden-Britain AstraZeneca dan Universiti Oxford.

AstraZeneca berkata vaksin mereka selamat digunakan. – AFP, 15 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen