RINTIHAN industri pelancongan di Sarawak semakin keras apabila larangan perjalanan di negeri ini dilanjutkan sehingga 29 Mac.
Lanjutan itu langkah utama untuk membendung penularan virus Covid-19 yang meningkat sejak awal tahun ini.
Ia kali pertama kali dikuatkuasakan pada pertengahan tahun lalu semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama.
Bagaimanapun, kerana turun naik jangkitan, larangan itu sekejap dibuka dan ditutup.
Larangan terbaru dikuatkuasakan sejak pertengahan bulan lalu.
Persatuan Hotel Bajet Malaysia (Mybha) Sarawak Stephen Wong berkata pihaknya kesal dengan lanjutan larangan perjalanan itu.
“Kami belum nampak sebarang petunjuk,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Rintihan pertama bermula apabila kerajaan persekutuan membenarkan perjalanan pelancongan domestik antara negeri di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) di Semenanjung sejak Rabu.
Namun, peraturan itu tidak termasuk Sarawak kerana negeri ini mempunyai peraturan pandemiknya sendiri.
Wong berkata sementara pengusaha hotel bajet di negeri ini cuba setiap taktik perniagaan yang mereka tahu untuk bertahan sehingga sempadan dibuka kembali, ketidakpastian yang berpanjangan tentang bila ia akan dibuka sikit demi sedikit membuatkan beberapa syarikat gulung tikar.
“Banyak sangat defisit selama setahun, ia terlalu lama buat sebahagian daripada mereka,” katanya.
Wong berkata walaupun beliau tidak ada jumlah tepat berapa banyak syarikat yang tutup buat sementara atau terus tutup, anggaran kasarnya sekitar 20% hingga 30% berhenti beroperasi. – 15 Mac, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen