388,000 terbunuh dalam perang Syria sejak sedekad, kata pemantau


Serangan rejim Syria dan pasukan sekutu militan menyumbang kepada sebahagian besar kematian orang awam, kata pemantau perang itu. – Gambar AFP, 14 Mac, 2021.

ANGKA kematian keseluruhan perang saudara Syria telah mencapai 388,652 sejak bermula sedekad lalu, kata pemantau perang pada Ahad.

Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata jumlah itu merangkumi hampir 117,388 orang awam, di antaranya lebih daripada 22,000 kanak-kanak.

Serangan rejim Syria dan pasukan sekutu militan menyumbang kepada sebahagian besar kematian orang awam, kata pemantau yang berpusat di Britain yang bergantung pada sumber di Syria untuk laporannya.

Sebelum ini pada Disember 2020, Observatorium menerbitkan laporan yang mengikut perhitungan mereka berjumlah lebih 387,000.

Ketua Obervatorium Rami Abdel Rahman berkata, tahun 2020 menyaksikan jumlah kematian tahunan terendah sejak perang bermula dengan hanya lebih kurang 10,000 kematian.

Pertempuran perlahan tahun ini ketika gencatan senjata diadakan di barat laut Syria dan perhatian beralih kepada penularan wabak Covid-19.

Observatorium juga mendokumentasikan sekurang-kurangnya 16,000 kematian di penjara dan pusat tahanan kerajaan sejak konflik meletus pada 2011 setelah penindasan kejam terhadap tunjuk perasaan antikerajaan.

Namun, ia berkata jumlah sebenarnya mungkin lebih tinggi kerana jumlahnya tidak termasuk 88,000 orang yang dipercayai telah mati akibat diseksa di penjara rejim.

Hari ini kerajaan Damsyik menguasai lebih dari 60 peratus Syria setelah rentetan kemenangan yang disokong oleh Rusia terhadap jihadis dan pemberontak sejak 2015. – AFP, 14 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen