Tiga kluster Covid-19 baharu dilaporkan


Sejumlah 67 kes dilaporkan dalam tiga kluster yang dilaporkan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mac, 2021.

TIGA kluster Covid-19 baharu telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa kesihatan dalam 24 jam terakhir ini, di mana dua daripadanya berkaitan dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan itu berkata satu lagi kluster berkait dengan jangkitan komuniti.

Sejumlah 67 kes dilaporkan dalam tiga kluster ini.

Noor Hisham berkata, kluster Berlagak, jangkitan komuniti dikesan di wilayah di Sibu dan Song di Sarawak, dengan jumlah 49 kes positif dilaporkan.

Sementara itu, kluster tempat kerja di Jalan Tun Mutalib Tiga dikesan di kilang di daerah Kota Tinggi, Johor.

10 kes positid dicatat dalam kluster itu setakat ini.

Kluster tempat kerja kedua, disebut sebagai kluster Jalan Sutera, diesan di kilang di Hulu Langat, Selangor, di mana lapan kes positif dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kluster di Malaysia sebanyak 1,237 setakat hari ini.

424 kluster masih aktif termasuk 64 kluster yang dilaporkan hari ini.

Antara kluster yang mencatatkan jumlah tertinggi adalah Tembok Tapah dengan 57 kes, diikuti Jalan Kebun Nenas (30 kes) dan Rawang Bestari (28 kes).

Hari ini lima kluster tamat, menjadikan jumlah kluster tamat menjadi 813 kes. – 14 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen