Ekonomi teruk tamat kecuali jika ada strain baharu Covid-19, kata ahli ekonomi


Ragananthini Vethasalam

Ada beberapa sebab menunjukkan yang keadaan ekonomi yang teruk sudah berakhir susulan program imunisasi Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mac, 2021.

USAHA program imunisasi kebangsaan terhadap Covid-19 telah menamatkan episod buruk ekonomi Malaysia setakat ini, kecuali jika ada strain baharu virus itu, kata para ahli ekonomi.

Walaupun keadaan ekonomi di pasaran domestik dan global sedang pulih, pemulihan sepenuhnya akan terbantut jika varian virus baharu dijumpai atau jika program vaksinasi gagal.

Ada beberapa sebab menunjukkan yang keadaan ekonomi yang teruk sudah berakhir, kata Dr Shankaran Nambiar, Felo Kanan Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER).

“Dengan kelonggaran pada kawalan pergerakan dan pembukaan ekonomi, kita nampaknya sedang menuju normal.

“Banyak sektor berkembang - ini berlaku dengan pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan, walaupun bukan untuk pelancongan dan perhotelan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Persekitaran ekonomi global juga tidak mencabar seperti tahun lalu, katanya, sambil menambah rakan dagang terbesar di Malaysia bertahan.

“Pertumbuhan China, pada saat terburuk, tidak negatif. Prospek pertumbuhan AS meningkat. Ramalan untuk AS menunjukkan kenaikan sebanyak 2% pada Q1 tahun 2021 dan kadar pertumbuhan sepanjang tahun sebanyak 4.5%,” katanya.

Dari segi komoditi, keadaan juga positif dengan peningkatan ketara dalam harga minyak mentah dan minyak sawit.

“Dengan pelancaran vaksinasi, sektor lain seperti pelancongan, perhotelan, borong dan runcit akan menyaksikan peningkatan yang lebih positif,” kata Nambiar.

“Kemungkinan persekitaran ekonomi yang lebih stabil akan muncul pada suku kedua 2022, kecuali jika ada gelombang atau varian baharu virus.” – 14 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen