China dakwa berjaya penuhi aspirasi, kepuasan rakyat, kata PM China


China telah membentuk sistem jaminan sosial yang skalanya paling besar di dunia, dan perkhidmatan insurans perubatan asas di negara ini pula mencakupi lebih 1.3 bilion orang. – Gambar EPA, 13 Mac, 2021.

PERDANA Menteri Li Keqiang berkata, pembangunan China adalah menyasarkan kesejahteraan rakyat selain menumpukan isu seperti peluang pekerjaan, kehidupan, pendidikan dan perubatan.

Beliau berkata faktor itu yang membolehkan kerajaan China berupaya memenuhi aspirasi dan memberikan kadar kepuasan yang tinggi dalam kalangan rakyatnya.

Li berkata demikian pada sidang media selepas penutup sesi keempat Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-13 di Beijing pada Khamis.

Menurutnya, tujuh daripada 20 indeks utama dalam Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi kebangsaan yang diluluskan NPC kali ini melibatkan isu kehidupan rakyat.  

Sementara itu, China telah membentuk sistem jaminan sosial yang skalanya paling besar di dunia, dan perkhidmatan insurans perubatan asas di negara ini pula mencakupi lebih 1.3 bilion orang.

Misalnya, kerajaan China sentiasa mengutamakan kepentingan rakyatnya dengan meletakkan nyawa dan kesihatan rakyat di tempat teratas dalam usaha melawan pandemik Covid-19.

China juga mengutamakan usaha menyediakan serta menciptakan peluang pekerjaan untuk rakyat sepanjang proses pemulihan ekonomi dan  memberikan tumpuan terhadap isu penyempurnaan kehidupan rakyat ketika menggubalkan rancangan pembangunan untuk masa depan. – Bernama, 13 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen