JUMLAH kes pulih Covid-19 terus mengatasi jumlah kes jangkitan baharu hari ini, manakala kes aktif menurun kepada 17,544 berbanding 18,010 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata 2,104 orang dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 300,620.
Sementara itu, 1,647 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu yang mana lima daripadanya adalah kes import.
Kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes seluruh negara 319,364.
Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 712 kes diikuti Johor dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 170 dan 169 kes.
Sembilan kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,200.
Sementara itu, 147 orang masih menerima rawatan di unit rawatan rapi yang mana 61 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 11 Mac, 2021.

Komen