Kesetiaan bapa saudara dan bapa Larry Sng kepada PKR dipersoal 


Desmond Davidson

PKR Sarawak kini mempersoalkan kesetiaan bapa dan bapa saudara Larry Sng selepas beliau keluar dari parti.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2021.

RASA kurang senang dilaporkan menular dalam PKR Sarawak berhubung kesetiaan ahli keluarga bekas pengerusi parti Larry Sng.

Sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Insight bahawa timbul syak wasangka terhadap bapa ahli Parlimen Julau yang juga seorang ahli perniagaan Sng Chee Hua dan bapa saudaranya Sng Chee Eng  bahawa mereka akan berpaling tadah.

Chee Hua merupakan ketua PKR Cabang Sarikei manakala Chee Eng merupakan ketua PKR Cabang Kapit.

Keputusan mereka untuk terus bertahan daripada mengikut jejak langkah Larry yang meletak jawatan sebagai pengerusi PKR Sarawak untuk menyatakan sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dilapor mengejutkan ramai ahli parti yang mengetahui sejarah politik Sng.

Ketua Penerangan PKR Sarawak Abun Sui Anyit menguatkan dakwaan itu apabila memberitahu The Malaysian Insight bahawa Sng Chee Hua “dalam pemerhatian” apabila beliau gagal hadir pada Majlis Pimpinan Negeri 3 Mac lalu.

Chee Eng bagaimanapun hadir pada mesyuarat yang membuat keputusan untuk menyerahkan pentadbiran parti kepada majlis penasihat dan mengisi kekosongan yang dibuat oleh Larry.

Majlis penasihat itu terdiri daripada anggota kanan MPN yang dipilih tetapi Sng tidak dilibatkan.

“Tiada satu pun daripada mereka ahli COE,” kata Anyit. – 11 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen