223,923 individu sudah terima dos pertama vaksin Covid-19, kata menteri 


Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Sarawak merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 28,194, diikuti Selangor (24,211), Kuala Lumpur (20,510) dan Sabah (18,670) setakat semalam.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2021.

SERAMAI 223,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Sarawak merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 28,194, diikuti Selangor (24,211), Kuala Lumpur (20,510) dan Sabah (18,670).

“Di Johor pula seramai 17,476 individu, Perak (17,450), Pahang (17,434), Kelantan (14,982), Kedah (14,200), Terengganu (13,070) dan Negeri Sembilan (10,741).

“Di Pulau Pinang pula seramai 9,811 individu, Melaka (6,258), Perlis (5,241), Putrajaya (3,337) dan Labuan (2,338),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Pada 24 Februari lepas, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, jenis Pfizer-BioNTech. – Bernama, 11 Mac, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen