PKPD di flat Sibu Jaya, Sarawak tamat esok


Alfian Z.M. Tahir

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata blok-blok yang akan ditarik semula PKPD itu adalah blok C, H, J, K, L, N dan R. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 10 Mac, 2021.

PUTRAJAYA telah menarik semula perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di beberapa blok di flat Sibu Jaya, Sarawak berikutan penurunan kes baharu Covid-19 di situ.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata blok-blok yang akan ditarik semula PKPD itu adalah blok C, H, J, K, L, N dan R.

“Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan telah mengadakan 6,875 ujian saringan dan mendapati 390 kes positif.

“Kementerian menemui peningkatan ketara dan kes-kes telah menurun. Situasi masih terkawal dan tidak ada lagi sample untuk diuji,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, berhubung ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja asing, Ismail berkata 5,036 individu telah disaring semalam di mana 88 didapati positif.

Secara menyeluruh, katanya 598,790 pekerja asing daripada 31,275 majikan telah mengambil ujian Covid-19.

Daripada jumlah pekerja asing yang telah diuji, 9,500 didapati positif. – 10 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen