8 kluster baharu Covid-19 hari ini


Ragananthini Vethasalam

Kementerian Kesihatan melaporkan lapan kluster baharu Covid-19 hari ini dengan dua daripadanya berkaitan dengan pusat tahanan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mac, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan lapan kluster baharu Covid-19 hari ini dengan dua daripadanya berkaitan dengan pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata bahawa terdapat 14 kluster yang disahkan tamat menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 472. 

Dua kluster pusat tahanan yang dilaporkan hari ini dilaporkan di Sibuk, Sarawak dan Perlis. 

Saringan kesihatan di pusat tahanan di Sibu membawa kepada penemuan 42 jangkitan di Jalan Awang.

Di Perlis, 14 kes dikesan di kluster Persiaran Wawasan selepas saringan dilakukan melibatkan tahanan. 

Sementara itu kluster lain yang dikenali sebagai Kiba juga dikesan di Sibu. Kluster ini diklasifikasikan sebagai jangkitan komuniti dan melaporkan 33 kes. 

Baki lima kluster yang dilaporkan hari ini berkaitan dengan tempat kerja.

Selangor melaporkan dua kluster tempat kerja sementara Sabah, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan satu kluster.

14 kluster yang disahkan tamat ialah — Senai Murni,  Bukit Palah,  Jelita,  Bintang Utama,  Jalan Gangsa Dua,  Industri Peramu Jaya,  Jalan Segama,  Kampung Muhibbah,  Indah Riang,  Jalan Trus,  Taman Koperasi,  Jalan Pudu,  Jalan Banting-Klang dan Kluster Ampang Campuran. – 7 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen