Langkah sewajarnya akan diambil untuk cari MH370, kata Ka Siong


Ravin Palanisamy

Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan Malaysia juga mahukan jawapan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mac, 2021.

MALAYSIA akan mengambil langkah sewajarnya dalam usaha untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan 370 (MH370) dengan kerjasama China dan Australia, kata Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong.

“Kami ingin meyakinkan semula bahawa semua usaha dan langkah sewajarnya akan diambil untuk meneruskan pencarian ini dengan kerjasama China dan Australia, dan untuk sentiasa memaklumkan waris terdekat mengenai sebarang perkembangan di masa akan datang,” kata Wee yang menyampaikan mesej video sempena ulang tahun ke-7 kehilangan MH370 yang diadakan menerusi aplikasi Zoom.

Program itu dianjurkan oleh kumpulan penyokong keluarga penumpang pesawat yang hilang, Voice370.

Esok, 8 Mac merupakan genap tujuh tahun sejak kehilangan MH370, satu insiden yang mencetuskan misteri paling besar dalam sejarah penerbangan dunia.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang dari radar sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang  pada 8 Mac, 2014.

Terdapat 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika itu.

Wee yang turut bersimpati dengan kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini berkata kerajaan Malaysia mahu menyelesaikannya.

Beliau berkata Malaysia berkongsikan sasaran yang sama dengan China dan Australia iaitu untuk mencari pesawat berkenaan dan mendapat jawapan berhubung tragedi itu.

“Kami sangat mahukan penyelesaian sama seperti keluarga dan rakan serta waris mereka yang menaiki pesawat MH370.

“Dalam pencarian MH370, kerajaan Malaysia, Australia dan China tidak mengeluarkan banyak perbelanjaan dan sumber dalam usaha kolektif kami untuk mencari MH370.

“Kami sentiasa menyasarkan untuk mencari pesawat berkenaan dan mendapat jawapan,” katanya.

Malaysia, Australia dan China bersama-sama menghentikan pencarian pesawat berkenaan di dasar laut selama dua tahun pada Januari 2017.

Ketika itu pencarian dasar laut di Lautan Hindi dibuat merangkumi 120,000 kilometer persegi dan menelan belanja sebanyak AS$200 juta.

Malaysia kemudian menerima syarat untuk bayaran hanya dibuat selepas penemuan yang ditawarkan oleh syarikat penerokaan AS Ocean Infinity pada 2018. 

Pencarian selama tiga bulan dengan keluasan meliputi 112,000 kilometer persegi utara dari sasaran asal, tanpa sebarang penemuan yang mana ia kemudiannya ditamatkan pada Mei 2018.

“Dengan berat hati, semua negara terpaksa membuat keputusan sukar pada 17 Januari, 2017 untuk menggantung operas pencarian sehingga terdapat petunjuk baharu.

“Pada 22 Januari, 2018 Ocean Infinity melancarkan pencarian dengan kenderaan bawah laut (AUV) meliputi 25,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi.

“Bagaimanapun, selepas pencarian meliputi 112,000 kiomter persegi, Ocean Infinity terpaksa menamatkan operasi pada 29 Mei, 2018 sehingga bukti baharu diperoleh menunjukkan kemungkinan kawasan terbaru,” jelasnya.

Wee berkata walaupun sudah tujuh tahun berlalu, tidak mudah untuk melupakan kenangan pahit tragedi ini.– 7 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen