JUMLAH aktif menurun kepada 20,330 hari ini selepas jumlah angka pulih melebihi jangkitan baharu Covid-19.
Trend menurun dalam kes aktif mula dilihat sejak 10 Februari lalu.
Sejak itu kes terus menurun dari 52,186 kes kepada 20,330.
Jumlah kes pulih terus melebihi kes baharu Covid-19 selepas seramai 2,506 pesakit pulih dari koronavirus dalam tempoh 24 jam terakhir.
Dengan ini jumlah kes pulih dari virus itu kini berjumlah 291,958.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,683 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengahari hari ini di mana hanya 10 kes import dikesan.
Kes baharu menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan meningkat kepada 313,460.
Selangor menduduki tempat teratas dengan 746 kes diikuti Sabah dan Pulau Pinang masing-masing dengan 201 dan 172 kes.
Putrajaya, Labuan dan Melaka mencatat penambahan satu digit dalam kes baharu.
Sementara itu tiga kematian baharu juga dilaporkan menjadikan jumlah kematian sebanyak 1,169.
Dr Noor Hisham berkata seramai 174 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 81 daripadanya memerlukan alat sokongan pernafasan. – 7 Mac, 2021.
Komen