PKPD di kampung di Serian, Sarawak selepas kes meningkat


Alfian Z.M. Tahir

Langkah itu dibuat kerana terdapat peningkatan jangkitan yang mendadak di kampung itu, kata Ismail Sabri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mac, 2021.

KAMPUNG Serumah Daerah Kecil Siburan di Serian, Sarawak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula esok, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, langkah itu dibuat kerana terdapat peningkatan jangkitan yang mendadak di kampung itu.

“Sehingga 5 Mac, 416 ujian saringan telah dibuat di mana 21 kes positif telah dicatatkan.

“Kawasan itu akan diletakkan di bawah PKPD bermula 7 Mac hingga 20 Mac,” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan tamatnya PKPD di hostel Central Medicare, kilang dan tapak pembinaan di Hilir Perak, Perak.

Beliau berkata keputusan itu diputuskan selepas penurunan kes baharu di situ.

“Bermula esok, 7 Mac, PKPD di hostel Central Medicare, kilang dan tapa pembinaan akan ditarik semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, 2,074 orang telah disaring dan 1,650 jangkitan telah direkodkan. – 6 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen