Kos tinggi pengambilan pekerja asing di Sarawak tak praktikal, kata MTUC


Desmond Davidson

ANGGARAN pelbagai kos yang harus ditanggung oleh majikan untuk mengesahkan pekerja asing tanpa izin mereka boleh menjadi satu-satunya faktor terbesar memberi kesan kepada dasar penstrukturan semula pekerja Sarawak, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak.

Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo memberitahu The Malaysian Insight bahawa kos yang tinggi boleh menghalang kebanyakan majikan.

Dalam dasar yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah pada Rabu lepas, majikan perlu membayar kompaun sehingga RM1,300 untuk menyelesaikan pelanggaran pekerja mereka seperti menginap lebih masa (RM500), tidak memiliki dokumen perjalanan (RM500) dan mencabul syarat-syarat permit kerja (RM300).

Majikan kemudian perlu meletakkan deposit sebanyak RM500 setiap pekerja dan membayar antara RM410 sehingga RM1,010 untuk levi bergantung pada sektor ekonomi di mana pekerja bekerja.

Levi bagi mereka yang diambil bekerja di kilang dan sektor pembinaan adalah RM1,010, perladangan RM590 sementara RM410 untuk pertanian. 

Malah, ditambah pembayaran RM185-plus untuk “caj lain” yang tidak ditentukan.

“Kosnya akan semakin meningkat karana negara telah mewajibkan majikan menghantar pekerja menjalani pemeriksaan Covid-19 untuk mencegah jangkitan virus,” kata Lo.

Di bawah prosedur operasi standard yang ketat (SOP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ditubuhkan, jika pekerja tersebut dijangkiti dan perlu dikuarantin, majikan juga harus membayar kos kuarantin. – 6 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen