Jepun sambung perintah darurat kekang virus di Tokyo


Petugas kesihatan Jepun menggesa orang ramai di Tokyo untuk kekal berada di rumah sepanjang perintah darurat susulan wabak Covid-19.– Gambar EPA, 20 April, 2020.

JEPUN akan menyambung perintah kawalan pergerakan di Tokyo selama dua minggu lagi, kurang dua bulan sebelum sukan Olimpik Tokyo bermula.

Keputusan itu dibuat ketika Jepun mempertimbangkan kelulusan untuk vaksin Moderna, kata syarikat kerjasama Takeda.

Jepun setakat ini hanya menggunakan vaksin Pfizer/BioNTech.

Walaupun mengalami peningkatan kes jangkitan, Jepun hanya merekodkan 8,000 kematian setakat ini dan tidak melaksanakan perintah kawalan yang ketat seperti negara lain.

Perintah itu menetapkan operasi restoran dan kedai makan ditutup sebelum 8 malam.

Jurucakap kerajaan Katsunobu Kato berkata perintah itu akan diteruskan di Tokyo dan tiga lagi wilayah berdekatan sehingga 21 Mac, empat hari sebelum sukan Olimpik bermula di wilayah Fukushima.

Pakar ekonomi meramalkan Jepun bakal kerugian AS$6.5 bilion pendapatan ekoran lanjutan perintah kawalan itu.

Perdana Menteri Yoshihide Suga memohon maaf kerana lanjutan perintah itu tetapi berkata kerajaan perlu melaksanakannya bagi mengelakkan penularan semula wabak itu.

Tokyo merekodkan purata 270 kes sehari sepanjang minggu lalu. – AFP, 5 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen