MCA harus menimbang untuk menukar nama agar lebih mencerminkan sikap baharu dalam arena politik tempatan selain membuka keahliannya kepada orang bukan Cina, kata penganalisis politik.
Mereka berkata, parti berusia 72 tahun itu, yang bermula sebagai parti Cina juga perlu memberi jaminan kepada ahli-ahli baharu bukan Cina mereka juga ada peranan dalam parti itu.
Tambah mereka, sementara parti itu perlahan-lahan mendapatkan sokongan Cina yang hilang dalam dua hingga tiga pilihan raya umum lalu, masih ada ruang adakah sokongan bukan Cina dalam bentuk ahli baharu dapat menaikkan parti itu pada masa akan datang.
Mereka berkata demikian sebagai respon kepada berita bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan cadangan pindaan perlembagaan MCA pada 2019 untuk membenarkan ahli bukan Cina menyertai parti itu.
Penganalisis politik Cheah See Kian berkata, untuk perubahan berlaku, MCA perlu menukar namanya bagi menarik lebih ramai ahli parti dari pelbagai kaum.
“Bayangkan orang Melayu atau India bergabung dengan organisasi Cina, orang akan memandangnya pelik.
“Sekiranya kamu ingin jadi pluralistik, kamu perlu menamakan semula parti. Contohnya, PKR, Gerakan, dan DAP.
“Walaupun DAP telah menyerap jalan kepelbagaian, ia masih ada pilihan yang tinggi relatifnya di kawasan-kawasan Cina,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau juga berkata ahli bersekutu bermaksud menjadi ahli parti tanpa peranan dalam parti politik.
“Mereka tidak berhak memilih dan tidak boleh bersaing merebut jawatan dalam parti. Kaum lain yang menyertai parti itu tidak akan ada hak, dan ini tidak tidak bermaksud apa-apa pun.
“Jika mereka tak berkongsi manfaat yang sama dari ahli parti biasa, siapa yang nak bergabung?” – 5 Mac, 2021.
Komen