SEBANYAK 11 kluster baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya kini terdapat 487 kluster di negara ini menjadikan jumlah kluster sejak wabak sebanyak 1,163 di mana 74 daripadanya masih melaporkan kes baharu.
Daripada 11 kluster yang dilaporkan hari ini, sembilan berkaitan dengan tempat kerja, satu dari jangkitan komuniti dan yang lain melibatkan rumah warga emas.
Di Selangor, kluster Jalan Perubatan yang berkaitan dengan sebuah restoran mencatatkan 13 kes, kluster Jalan Utarid di sebuah kilang melaporkan 28 kes, tapak pembinaan Jalan MP mencatatkan 12 kes manakala kluster Balakong Satu melaporkan 10 kes.
Sebuah rumah warga emas di Jalan Anak Gasing melaporkan 20 kes.
Di Johor kluster Jalan DPB Lima melibatkan sebuah kilang melaporkan 32 kes.
Kluster Jalan Sikamat Lima di Negeri Sembilan berkaitan dengan pusat pendidikan dan mencatatkan 12 kes.
Di Kedah kluster Jalan PKNL 1/6 yang berkaitan dengan kilang melaporkan 29 kes.
Jangkitan komuniti yang berkaitan dengan pengebumian bermula dari kluster Kampung Gedang di Melaka yang mencatatkan 35 kes.
Kluster tempat kerja Seri Jelutong di Pekan, Pahang menyumbang 30 kes.
Di Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan, 14 kes dikaitkan dengan kluster tempat kerja di Jalan Bachok. – 3 Mac, 2021.
MENYUSUL
Komen