Kes pulih Covid-19 melebihi jangkitan baharu 3 hari berturut-turut 


Petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital UiTM, Shah Alam.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mac, 2021.

MALAYSIA melaporkan 1,745 kes baharu Covid-19 dan 2,276 kes pulih dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Ini merupakan hari ketiga berturut-turut jumlah pesakit yang didiscaj melebihi kes jangkitan baharu. 

Jumlah keseluruhan kes pulih setakat ini adalah 280,707. Jumlah keseluruhan kes pula adalah 305,880. 

Tujuh kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian 1,148. 

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 640 kes, diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

Kini terdapat 24,025 kes aktif dengan 195 dirawat di unit rawatan rapi dan 95 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.– 3 Mac, 2021.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen