Jumlah kes Covid-19 global kembali meningkat


Lebih 2.6 juta kes baharu Covid-19 dilaporkan minggu lalu, meningkat tujuh peratus berbanding minggu sebelumnya. – Gambar EPA, 3 Mac, 2021.

JUMLAH kes baharu jangkitan Covid-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Lebih 2.6 juta kes baharu dilaporkan minggu lalu, meningkat tujuh peratus berbanding minggu sebelumnya, selepas menunjukkan penurunan enam minggu berturut-turut. Ia didorong peningkatan kes di Timur Tengah (14 peratus), Selatan- Asia Timur (sembilan peratus), Eropah (sembilan peratus) dan Amerika (enam peratus).

“Kemungkinan peningkatan termasuk penularan varian baharu yang lebih mudah tersebar dan dikenali sebagai VOC, langkah-langkah kesihatan awam dan sosial yang semakin longgar serta msyarakat mula jemu untuk mematuhi langkah-langkah tersebut,” kata WHO.

Sementara itu angka kematian mingguan terus menurun dengan lebih 63,000 kematian dilaporkan minggu lalu, turun enam peratus berbanding minggu sebelumnya. – Bernama, 3 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen