SEJUMLAH 53,287 individu menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sejak fasa pertama program imunisasi bermula pada 24 Februari.
Menurut kemas kini harian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) setakat 2 Mac, Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi suntikan vaksin iaitu 9,737.
Ia diikuti dengan Perak, Pahang dan Kuala Lumpur dengan masing-masing 5,714, 5,696 5,601 individu, Putrajaya melaporkan jumlah terendah iaitu 1,028 individu menerima suntikan.
Setakat semalam, 1.67 juta pendaftaran mendapatkan vaksin dilaporkan. Vaksin yang digunakan pada masa ini ialah jenis keluaran Pfizer-BioNTech.
Malaysia turut menerima kumpulan vaksin Coronavac daripada syarikat China, Sinovac Biotech. Proses vaksin di Malaysia akan dikendalikan oleh Pharmaniaga Bhd.
Vaksin itu turut menerima kelulusan bersyarat daripada
Kerajaan menyasarkan untuk memberi suntikan vaksin kepada 500,000 petugas barisan hadapan pada Fasa 1 program imunisasi itu.
Kumpulan berisiko tinggi dan orang awam akan menerima vaksin pada fasa kedua dan ketiga, di mana ia masing-masing membabitkan 9.4 juta dan 13.7 juta individu.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata minggu lalu kerajaan menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 150,000 orang sehari pada Fasa 3 program itu.
Putrajaya menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 26.6 juta rakyat Malaysia, atau 80% daripada populasi negara ini, bagi mewujudkan komuniti kelompok yang akan datang membendung penularan pandemik.
Kerajaan pada masa ini mendapat 66.7 juta dos vaksin.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memberithau The Malaysian Insight pada 19 Februari jumlah itu cukup untuk keperluan keseluruhan populasi Maaysia, termasuk warga asing.
Setakat semalam, Malaysia melaporkan 24,563 kes aktif Covid-19, dengan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara 304,135. – 3 Mac, 2021.
Komen