AUSTRALIA akan melanjutkan penutupan sempadan antarabangsa sekurang-kurangnya tiga bulan hingga pertengahan Jun, meneruskan pengasingan negara untuk memastikan koronavirus terkawal.
Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata pegawai kesihatan menasihati kerajaan “situasi Covid-19 di luar negara berterusan menimbulkan risiko kesihatan awam yang tidak boleh diterima bagi Australia, termasuk munculnya varian yang lebih mudah ditularkan”.
Akibatnya, kawalan sempadan yang ketat akan berterusan hingga 17 Jun, katanya pada Selasa.
Australia menutup sempadan antarabangsa sejak awal wabak, menyekat kebanyakan warga asing kecuali dalam keadaan tertentu.
Sekatan juga dikenakan terhadap warga Australia yang dibenarkan pulang setiap minggu, menyebabkan puluhan ribu terkandas di luar negara.
Pelancong yang dibenarkan masuk ke negara ini terpaksa mengeluarkan ribuan dolar untuk menjalani 14 hari di kuarantin hotel selepas ketibaan.
Australia secara raltifnya berjaya mengekang penyebaran Covid-19, dengan kurang 29,000 kes dicatatkan dalam negara mempunyai populasi 25 juta orang dan beberapa sekatan virus dilaksanakan. – AFP, 3 Mac, 2021.
Komen