LAPAN negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 5 hingga 18 Mac, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Dengan keputusan ini, larangan rentas daerah juga ditarik semula, katanya.
Negeri yang lain adalah Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.
“Kami memutuskan untuk menamatkan PKP dan menggantikannya dengan PKPB susulan taklimat daripada Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media hari ini.
Negeri-negeri ini sudah berada di bawah PKP sejak Januari.
Negeri-negeri yang akan diletakkan di bawah PKP Pemulihan (PKPP) untuk tempoh yang sama adalah Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Labuan dan Putrajaya.
“Perintah itu akan bermula 5 sehingga 18 Mac kecuali Sarawak yang akan berakhir pada 15 Mac,” tambah menteri pertahanan berkenaan.
Ismail Sabri juga berkata bahawa kes baharu Covid-19 dan aktif telah menurun.
“Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Nasional bahawa kes-kes telah menurun,” katanya. – 2 Mac, 2021.
Komen