TIADA siapa suka dengan rampasan kuasa, sama ada seperti yang berlaku di Myanmar sekarang atau pergolakan politik di Malaysia yang bermula dengan Langkah Sheraton pada 2020.
Dan tidak ramai akan bersetuju dengan tindakan wakil rakyat mengkhianati parti, sama ada beralih ke parti mesra kerajaan atau tidak.
Ini adalah penghinaan terhadap demokrasi dan pilihan raya, yang sepatutnya berlaku dalam keadaan yang ekstrem. Bagaimanapun, Parlimen ke-14 sudah seperti itu.
Kini, tiba masanya untuk mengetahui siapa yang menang dan kalah, selepas setahun Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kuasa daripada Pakatan Harapan (PH).
PEMENANG
Muhyiddin Yassin
Tiada perdana menteri lain yang melalui era politik lebih sukar berbanding presiden Bersatu yang berusia 72 tahun ini.
Dalam tempoh setahun, Muhyiddin berdepan 30 usul tidak percaya, tuduhan tidak wajar, ahli Parlimen menarik sokongan mereka, kehilangan kerajaan negeri Perak kepada Umno, ancaman pembelotan dan dakwaan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang beliau sudah kehilangan kerajaan.
Selain itu, Muhyiddin adalah perdana menteri pertama yang memimpin kerajaan minoriti, walaupun hanya satu setengah bulan.
Ada yang berpendapat Muhyiddin dapat terus bertahan dengan mempunyai Kabinet dan lantikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang betul dibantu oleh perintah darurat tidak konvensional tetapi tepat pada masanya.
Pihak lain berkata beliau mempunyai orang kuat seperti Mohamed Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin untuk membantunya.
Tetapi jangan salah anggap yang ketua PN berjaya mengatasi tuan politik lain yang berpengalaman seperti Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak, Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid Hamidi dan Mohd Shafie Apdal.
Pencapaian yang tidak mungkin dapat diatasi oleh orang lain.
Bersatu
Dibentuk pada 2016, Bersatu memenangi 13 kerusi persekutuan dan 24 DUN dalam pilihan raya 2018.
Walaupun merupakan parti terkecil, ketuanya Dr Mahathir menjadi perdana menteri kerana ia sebahagian daripada janji pilihan raya PH.
Setahun selepas Langkah Sheraton, Bersatu kini memiliki 25 kerusi persekutuan dan memegang jawatan perdana menteri.
Tetapi tidak seperti tahun lalu, Bersatu tidak perlu lagi berdepan parti komponen vokal seperti PKR, DAP dan Amanah.
Ia kini mempunyai bahagian paling besar dalam Kabinet dan jawatan GLC serta boleh dikatakan bebas untuk melakukan apa sahaja yang diinginkan.
Selain itu, Bersatu kini memimpin gabungan PN yang baru dibentuk dengan PAS, STAR dan bekas pembelot PKR.
PN kini mempunyai 53 ahli Parlimen, kedua selepas PH yang mempunyai 89, sementara Barisan Nasional hanya 42. – 1 Mac, 2021.
Berita penuh di sini
Komen