Larry Sng letak jawatan dalam PKR Sarawak 


Alfian Z.M. Tahir

Ahli Parlimen Julau Larry Sng disahkan meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak.– Gambar Facebook, 28 Februari, 2021.

AHLI Parlimen Julau Larry Sng meletakkan jawatan sebagai ketua PKR Sarawak, kata naib presiden parti Chua Tian Chang atau Tian Chua.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, Chua bagaimanapun tidak pasti mengenai kedudukan Sng dalam PKR walaupun terdapat laporan yang mendakwa beliau telah meninggalkan parti.

Saya boleh sahkan beliau meletakkan jawatan sebagai ketua PKR Sarawak tetapi saya tidak pasti mengenai kedudukannya dalam parti,” kata Tian Chua ketika dihubungi.

Malay Mail Online malam tadi melaporkan Sng memaklumkan kepada majlis pimpinan Sarawak bahawa beliau melepaskan jawatan partinya dalam satu persidangan video.

“Beliau memakluman keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi negeri, namun kami tidak dengar pula beliau mahu tinggalkan parti,” kata setiausaha PKR Joshia Jabeng kepada Malay Mail.

“Kami harap dan berdoa beliau masih kekal sebagai ahli PKR,” tambahnya. – 28 Februari, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen