Kes aktif terus menurun


Kes aktif kini sebanyak 27,028, menandakan penurunan berterusan sejak 10 Februari ketika kes aktif setinggi 52,186 di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2021.

JANGKITAN Covid-19 baharu hari ini masih tinggi pada 2,364 bagaimanapun berjaya diatasi dengan kes pulih sebanyak 3,320 dalam tempoh 24 jam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes aktif kini sebanyak 27,028, menandakan penurunan berterusan sejak 10 Februari ketika kes aktif setinggi 52,186 di negara ini.

Dengan ini jumlah pulih dari virus adalah 270,166.

Daripada jangkitan baharu dilaporkan hari ini, hanya satu sahaja kes import.

Kes baharu meningkatkan jumlah kes kumulatif menjadi 298,315.

Mengikut negeri, Selangor mendahului jumlah harian dengan 862 kes diikuti Johor dan Perak masing-masing dengan 314 dan 305 kes.

Putrajaya dan Pahang melaporkan satu digit kes baharu, masing-masing dengan 4 dan 8 kes.

Manakala Perlis dan Labuan merupakan negeri yang tidak melaporkan jangkitan baharu.

Sementara itu, 10 kematian baharu turut dilaporkan, menjadikan jumlah kematian 1,121.

Dr Noor Hisham berkata, 190 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, di mana 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 27 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen