DAP hari ini mengecam penguatkuasaan denda RM10,000 bagi pelanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berulang di samping turut berkata bahawa biro undang-undang DAP akan membantu mereka jika dikompaun di mahkamah.
“Saya telah meminta Biro Bantuan Guaman DAP untuk memeriksa bagaimana membela rakyat akibat kenaikan hukuman keras dan berlebihan kerana melanggar sekatan PKP,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
“Ketua Biro Undang-Undang DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal serta Ahli Parlimen Bruas Ngeh Koo Ham akan mengkaji pindaan yang melaksanakan kenaikan itu berkuat kuasa pada 11 Mac, yang tidak memerlukan waran, dan melihat bagaimana kita dapat menyelamatkan rakyat Malaysia daripada masalah kewangan, ”tambahnya.
Lim berkata bantuan guaman tersebuat adalah termasuk membela mereka yang telah ditahan selepas dihadapkan ke mahkamah.
Pada 25 Februari, media melaporkan bahawa individu yang melanggar SOP yang ditetapkan dalam usaha mencegah mencegah dan pengawalan wabak Covid-19 akan dikenakan denda maksimum RM10,000, mulai 11 Mac depan.
Perkara tersebut dinyatakan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 melalui warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik di portal rasmi Jabatan Peguam Negara.
Ia juga menyatakan bahawa syarikat yang melanggar SOP boleh dikenakan denda hingga RM50,000.
Bekas menteri kewangan itu juga mengecam Putrajaya kerana menerapkan pendekatan menghukum. Sebaliknya beliau berkata Putrajaya harus mendidik masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memerangi virus Covid-19.
“Kerajaan memilih untuk menerapkan pendekatan hukuman daripada pendekatan pencegahan terhadap pelanggar SOP PKP.
“pendekatan menghukum tidak berkesan untuk membendung kenaikan kes Covid-19 bahkan boleh menyebabkan masalah kewangan kepada pelanggar, terutama mereka yang berasal darioada golongan berpendapatan rendah yang berdepan dengan kemelesetan ekonomi ketika ini.
“(Hanya) Penguatkuasaan undang-undang yang adil dan seragam akan membantu mengurangkan jumlah kes Covid-19, bukannya pelaksanaan hukuman dua darjat yang berbeza antara seorang menteri dan rakyat ”
Guan Eng turut menambah bahawa kompaun itu harus berdasarkan kemampuan orang miskin untuk membayar dan bukannya orang kaya, katanya.
“Pemerintah PN pada dasarnya menyalahkan rakyat atas peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini yang menjadikan Malaysia sebagai negara terburuk di Asean, sedangkan ketidakmampuan menteri, kekurangan wibawa kepemimpinan dan salah urus tadbir oleh menteri yang menjadi punca sebenarnya,” katanya . – Bernama, 27 Februari, 2021.
Komen