KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 10 kluster baharu dalam tempoh 24 jam di mana lapan berkait dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya lagi dua kluster melibatkan komuniti di Kelantan dan Perak.
8 kluster lain dijumpai di Selangor, Johor, Sabah, dan Pulau PInang dengan keseluruhan kes positif sebanyak 238.
Dalam tempoh 24 jam ini, 91 kluster melaporkan peningkatan kes.
Kluster dengan kes tertinggi hari ini adalah Jalan Changkat Jong (474 kes), Simpang Tiga Muar (55) dan Tembok Tapah (54).
Sebilangan besar kluster tempat kerja melibatkan pejabat, kilang dan tapak pembinaan hasil saringan bersasar.
Kluster komuniti pertama melibatkan daerah Manjung di Perak di mana kes indeks dilaporkan positif pada 17 Februari hasil pemeriksaan individu tanpa gejala.
Kluster ini berpunca dari jangkitan yang dilaporkan di Kampung Columbia, Ayer Tawar, Manjung.
Sehingga 26 Februari, seramai 43 individu diperiksa di mana 11 kes positif dikesan.
Kluster komuniti kedua melibatkan daerah Kuala Krai dan Machang di Kelantan di mana kes indeks tersebut dilaporkan positif pada 17 Februari hasil pemeriksaan kontak rapat.
Kluster ini berpunca dari kes jangkitan yang dilaporkan di Kampung Telekong, Kuala Krai.
Sehingga Februari, seramai 108 individu diperiksa di mana 29 kes positif dikesan. – 26 Februari, 2021.
Komen