BANTUAN berterusan akan diberikan kepada keluarga S. Sathiswaran susulan kematian remaja yang maut ditimpa kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri tiga tahun lalu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata ibu remaja berkenaan, S. Kasthuribai sudah menerima bantuan daripada pejabatnya termasuk mendaftarkan anak sulungnya S. Yogeswaran ke kolej.
“Untuk mengatakan bahawa kami sama sekali tidak membantunya adalah tidak adil. Itu tidak benar.
“Kami sudah membantu Kasthuribai,” katanya.
Beliau menjawab tuduhan mengatakan bahawa ahli-ahli politik kerana mengambil kesempatan atas apa yang menimpa keluarganya serta mungkir janji untuk menghulurkan bantuan.
Fahmi berkata beliau tidak berasa marah dan berkata “saya tahu kesulitan yang mereka lalui”.
Kasthuribai juga berkata bahawa ahli Parlimen berjanji akan menuntut keadilan ke atas kematian anaknya dan bantuan rumah percuma di pangsapuri sama yang diduduki mereka. Janji-janji itu tidak ditepati, katanya.
“Saya tahu kesukaran yang mereka lalui.
“Saya rasa untuk kata bahawa kami sama sekali tidak pernah membantunya adalah tidak adil. Itu tidak benar,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Fahmi yang merupakan pengarah komunikasi PKR berkata beliau sudah berusaha membantu keluarga berkenaan dengan pelbagai cara selepas Sathiswaran terbunuh.
Fahmi berkata beliau membantu Yogeswaran untuk mendapatkan biasiswa daripada TOC Automotive College di Petaling Jaya.
Yogeswaran bagaimanapun berhenti menghadiri kuliah dalam tempoh sebulan selepas pendaftaran.
“Idea pada masa itu adalah untuk membantu anaknya melanjutkan pelajaran. Pejabat saya melalui proses membantu memasukkan anaknya ke kolej. Malangnya dalam masa kurang sebulan, dia berhenti.
“Kami tidak diberitahu tentang hal itu oleh Kasthuribai, anaknya atau keluarganya. Kami hanya mendapat tahu dari pentadbiran kolej.
“Pentadbiran kolej bimbang kerana mereka berjanji untuk memberi remaja berkenaan biasiswa dan itu tidak murah. Ia lebih tinggi dari jumlah yang kami cuba kumpulkan,” katanya merujuk kepada dana biasiswa yang dimulakan dengan nama mangsa, Sathiswaran selepas kematiannya.
Fahmi berkata dana itu tidak pernah digunakan untuk perbelanjaan peribadinya atau untuk tujuan politik. – 25 Februari, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen