Austria cadang perkenal ‘pasport hijau’ untuk penerima vaksin Covid-19


Setakat ini hampir 448,000 kes disahkan telah direkodkan di Austria dengan 8,470 kematian dan 424,348 pesakit sembuh. – Gambar EPA, 25 Februari, 2021.

AUSTRIA akan menyerahkan satu proposal kepada Majlis Eropah untuk memperkenalkan “pasport hijau” bagi mereka yang sudah menerima vaksin Covid-19 atau telah menjalani ujian baharu, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Kami memerlukan ‘pasport hijau’ untuk mereka yang telah divaksin,” kata Canselor Sebastian Kurz kepada ORF.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, setakat ini hampir 448,000 kes disahkan telah direkodkan dengan 8,470 kematian dan 424,348 pesakit sembuh. – Bernama, 25 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen