SARAWAK akan membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk membawa vaksin Covid-19 Pfizer-BionTech ke segenap pelusuk negeri itu, termasuk ke kawasan paling terpencil.
Timbalan ketua menterinya Douglas Uggah selepas menyaksikan ketibaan bekalan pertama vaksin berkenaan sebanyak 23,400 dos di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berkata kerajaan negeri memfokuskan kepada logistik bag memastikan semua 2.1 juta penduduknya dan kira-kira 200,000 warga asing yang menetap di negeri itu divaksin.
Program vaksinasi di negeri itu bermula pada Jumaat ini di Kuching dan Sibu.
Di Kuching, program itu akan diadakan di klinik kesihatan Petrajaya yang mana Ketua Menteri Abang Johari Openg akan menjadi penerima pertama.
Uggah yang mempengerusikan jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata pegawai yang terlibat dengan jawatankuasa pengurusan bencana akan bekerjaama dengan majlis keselamatan negeri bagi merangka pelan logistik.
“Proses logistik sangat sukar. Ia memerlukan perancangan dan banyak bahan serta tenaga kerja.
“Kami mahu memastikan semua rakyat di luar bandar menerima vaksin.”
Semalam, Uggah turut menyatakan kebimbangan mengenai kawasan paling terpencil di negeri itu yang mengambil masa lima jam untuk tiba selepas vaksin dikeluarkan daripada simpanannya, menyifatkan penghantaran itu merupakan salah satu tugas paling mencabar oleh jawatankuasa pengurusan bencana.
Vaksin Pfizer peru disimpan dalam suhu -75 darjah selsius dan hanya bertahan lima jam selepas dikeluarkan daripada simpanannya.
Beliau juga berkata sasaran untuk memvaksin 2.2 juta penduduk di negeri itu menjelang Ogos merupakan satu cita-cita yang besar.
Uggah berkata itu sebabnya beliau berharap penghantaran dapat dibuat mengikut jadual atau rancangan itu akan tersasar.
Penghantaran kedua sebanyak 31,590 dos dijangka pada 2 Mac dan yang ketiga sebanyak 4,680 pada 10 Mac. – 24 Februari, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen