Sarawak masih bimbang buka sempadan walau kepada pengunjung divaksin 


Desmond Davidson

KOMUNITI perniagaan di Sarawak perlu bersedia menghadapi masa-masa sukar kerana kerajaan negeri tidak tergesa-gesa untuk membatalkan sekatan perjalanan bagi membenarkan warga asing yang telah mengambil vaksin Covid-19 ke negeri itu, kata Dr Sim Kui Hian.

Menteri kerajaan tempatan dan perumahan itu berkata kerajaan negeri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada untuk memberi kebenaran kepada “pemegang pasport hijau” - mereka yang disahkan teah divaksin- ke negeri itu.

Sim yang juga penasihat jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata, tekanan daripada komuniti perniagaan semakin memuncak kerana menurut mereka sekirannya sekatan dilanjutkan setahun lagi bagi mengekang penularan Covid-19 akan memberi kesan buruk kepada ekonomi.

“Kita akan melihat dahulu perkara ini (membenarkan mereka yang divaksin masuk ke negeri itu) namun ia perlu nasihat perubatan untuk dipertimbangkan.”

Beliau berkata buat masa ini tiada kepastian mengenai ketahanan vaksin dan berapa lama antibodi seseorang itu akan bertahan untuk melindungi mereka daripada Covid-19.

Sim ketika turut serta dalam webinar Persekutuan Perniagaan Sarawak bertajuk ‘Vaksinasi Covid-19 dan impak ke atas perniagaan Sarawak’ hari ini berkata terdapat pengajaran yang perlu diambil daripada negara yang telah menjalankan program vaksinasi atau negara yang sebahagian besar penduduk mereka divaksin seperti UK, Israel mahupun negara jiran Singapura.

Katanya prosedur operasi standard keselamatan dan kesihatan yang ketat serta sekatan pergerakan masih dikuatkuasakan di negara berkenaan.

“Negara ini amat berhati-hati untuk dibuka semula. Di UK, sekolah masih belum dibuka walaupun lebih 15 juta rakyatnya telah divaksin.”

Presiden Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) Audrey Wan Ullok berkata industri pelancongan di negeri itu paling teruk terjejas, jumlah pengunjung menurun sehingga 74% - daripada 4.6 juta pengunjung yang berdaftar pada 2019 kepada hanya lebih satu juta orang tahun lalu.  – 24 Februari, 2021.

Berita penuh di sini 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen