2 kluster baharu dikesan dari perhimpunan sosial


Ragananthini Vethasalam

DUA daripada 13 kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini melibatkan perjumpaan sosial, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Kluster ini dikesan di Sabah dan Sarawak serta dikategorikan sebagai jangkitan komuniti.

Di Sarawak, kluster Jalan Muhibbah di Betong melaporkan 18 jangkitan.

Di Sabah, kluster Taman Mawar di Sandakan merekodkan 15 kes.

Sementara itu 11 kluster lain yang dilaporkan hari ini berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster tempat kerja melibatkan kilang, pemeriksaan pekerja pasar raya dan tapak pembinaan.

Ini menjadikan jumlah kluster jangkitan aktif di negara ini sebanyak 509.

Johor menyumbang jumlah kluster tempat kerja terbesar dengan merekodkan empat kluster.

Kluster berkenaan ialah Digital Lapan Construction Site (133 kes), Jalan Wawasan 16 (7 kes), Jalan Cyber Sembilan (12 kes) and Jalan Tebrau Pandan (18 kes).

Selangor melaporkan tiga kluster tempat kerja iaitu Jalan Damai (18 kes), Jalan Serendah (30 kes) dan Subang Tiga (16 kes).

Kuala Lumpur melaporkan dua kluster tempat kerja sementara Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing melaporkan sat ukes.

Sebanyak sembilan kluster tidak aktif diumumkan hari ini iaitu Taman Kesedar, Jalan Manan, Bah Sayap, Dialisis Malim, Kampung Bukit Putera, Bersepadu, Kilang Setapak, and Jalan Canang Emas. – Bernama, 23 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen