Khazanah suntik RM3.6 bilion kepada MAG


Ragananthini Vethasalam

Malaysia Aviation Group Bhd akan menerima suntikan modal berjumlah RM3.6 bilion dari pemegang saham tunggalnya Khazanah Nasional Bhd untuk membiayai perniagaan kumpulan itu sehingga 2025. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Februari, 2021.

SYARIKAT induk Malaysia Airlines Bhd (MAB), Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menerima suntikan modal berjumlah RM3.6 bilion dari pemegang saham tunggalnya Khazanah Nasional Bhd untuk membiayai perniagaan kumpulan itu sehingga 2025.

Ia susulan bahawa Mahkamah Tinggi England dan Wales meluluskan Skim Pengaturan di bawah Bahagian 26 Akta Syarikat UK 2006 antara entiti pemajakan MAG iaitu MAB Leasing Limited dengan majoriti pemberi pajak operasi pesawatnya.

Mahkamah semalam dimaklumkan skim berkenaan mendapat sokongan sebulat suara daripada pemberi pajak.

 Sementara itu, MAG dalam satu kenyataan malam tadi berkata keputusan tersebut merupakan komponen penting untuk melaksanakan penstrukturan semula yang lebih meluas yang akan mengurangkan liabiliti berjumlah RM15 bilion.

“Eksesais penyusunan semula kewangan ini, yang dijangka selesai pada awal Mac 2021, membabitkan semua pihak berkepentingan utama MAG.

“Sebagai tambahan kepada skim ini, syarikat penerbangan akan berjaya mencapai perjanjian dua hala dengan pemberi pajak kewangan, pemberi pajak enjin ganti, penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pemberi pinjaman korporat dan entiti berkaitan kerajaan Malaysia,” kata MAG.

Selain suntikan modal baharu itu, MAG juga telah mengambil langkah proaktif melalui pengurangan rangkaian laluan, penjimatan kos struktur, pemuliharaan tunai dan inisiatif penangguhan pembayaran untuk mengatasi krisis Covid-19.

Langkah berkenaan membabitkan penjimatan berjumlah RM5.5 bilion pada tahun 2020 dan sasaran RM397 juta bagi suku pertama 2021, menurut kenyataan itu.

Selain itu, pemberi pajak beroperasi telah terus menyokong syarikat penerbangan dengan menetapkan semula kadar pajakan ke kadar pasaran dan penangguhan yang juga akan dilaksanakan dengan pemberi pajak dan kewangan lain, kata MAG. – 23 Februari, 2021.  

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen