Pangkalan data DNA jejak haiwan terancam Australia dijual di pasaran gelap


Tinjauan oleh KPMG mendapati spesies yang diancam kepupusan seperti burung kakak tua Cockatoo Glossy Black dan Purple-Crowned Lorikeet telah dieksport untuk dijual di pasaran gelap. – Gambar EPA, 22 Februari, 2021.

HIDUPAN liar Australia akan dijejaki menerusi DNA sebagai usaha untuk mencegah perdagangan haiwan eksotik, menurut laporan oleh Agensi Berita Xinhua.

Menteri Alam Sekitar Sussan Ley pada Isnin mengumumkan kerajaan menerima menyemak semula permit eksport untuk spesies haiwan itu.

Tinjauan oleh KPMG mendapati spesies yang diancam kepupusan seperti burung kakak tua Cockatoo Glossy Black dan Purple-Crowned Lorikeet telah dieksport untuk dijual di pasaran gelap.

KPMG mengesyorkan kerajaan menubuhkan pangkalan data DNA bagi setiap haiwan yang diimport dan dieksport dari Australia.

Perdagangan hidupan liar di pasaran gelap juga semakin meningkat sehingga ada haiwan yang dijual dengan harga puluhan ribu dolar.

Beratus-ratus burung kakak tua yang diancam kepupusan dieksport ke Persatuan Pemuliharaan Burung Kakak Tua (ACTP) yang berpangkalan di Berlin.

ACTP  yang dikendalikan Martin Guth, seorang penipu yang kemudian menjual burung itu dengan harga ratusan ribu dolar.

Pangkalan data DNA akan dimulakan dengan spesis burung sebelum diperluaskan untuk semua jenis haiwan. – Bernama, 22 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen