Perak catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi, KP Kesihatan


Hari ini, kes baharu positif pandemik Covid-19 merekodkan empat angka dengan 3,297 kes, selain lima kematian dilaporkan – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2021.

KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara hari ini berada di tahap 0.90, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.93.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Kelantan merekodkan nilai Rt kedua tertinggi pada 1.13 diikuti Negeri Sembilan (1.03) dan Kedah (1.0).

Negeri lain yang mencatat bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.99), Johor (0.91), Selangor dan Pulau Pinang (masing-masing 0.89), Perlis (0.86), Putrajaya (0.84), Terengganu (0.83), Kuala Lumpur (0.82), Sabah (0.79), Pahang (0.76), Labuan (0.66), manakala Melaka (0.65).

Hari ini, kes baharu positif pandemik Covid-19 merekodkan empat angka dengan 3,297 kes, selain lima kematian dilaporkan. – Bernama, 21 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen