PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di sebuah kilang sarung tangan, kuarters pekerjanya dan sebuah tapak binaan di Perak bermula esok ekoran peningkatan mendadak kes Covid-10 di kawasan terlibat.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata kuarters Central Medicare, kilangnya dan tapak binaan di Hilir Perak akan dikenakan PKPD sehingga 7 Mac.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian saringan kesihatan terhadap 1,966 orang dan 185 daripadanya dikesan positif dari dua kawasan tersebut.
“Selepas menilai risiko dengan pelbagai agensi dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKDD,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata PKPD akan membantu KKM untuk menjalankan ujian saringan terhadap 2,808 pekerja Malaysia dan pekerja asing di kawasan itu.
Selepas tujuh hari mencatatkan kes sekitar 2,000, Malaysia kembali melaporkan lebih 3,000 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam lepas.
Perak merekodkan kes paling tinggi dengan 1,215 disusuli Selangor (868) dan Johor (431).
Enam kluster baharu juga dicatatkan dengan kesemuanya melibatkan kluster tempat kerja. – 21 Februari, 2021.
Komen