Kes sembuh atasi kes baharu di Sarawak


Sehingga hari ini terdapat 24 kluster yang masih aktif di Sarawak dengan lapan kluster yang mencatatkan penambahan kes jangkitan baharu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2021.

SEBANYAK 195 kes Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj di Sarawak hari ini, mengatasi jumlah kes positif baharu bagi negeri itu iaitu sebanyak 185 kes, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN menerusi satu kenyataan mengenai perkembangan terkini kes Covid-19 memaklumkan jumlah keseluruhan kes pulih di Sarawak juga meningkat kepada 5,774 orang atau 72.69 peratus daripada jumlah keseluruhan 7,943 kes positif Covid-19 di negeri itu.

Sehingga hari ini terdapat 24 kluster yang masih aktif di Sarawak dengan lapan kluster yang mencatatkan penambahan kes jangkitan baharu. – Bernama, 21 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen