PELANCARAN vaksin Covid-19 Australia bermula hari ini dengan pegawai tinggi antara kumpulan kecil menerima suntikan pertama sehari sebelum program vaksinasi.
Perdana Menteri Scott Morrison disuntik dengan vaksin Pfizer/BioNTech di sebuah pusat perubatan di barat laut Sydney bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap vaksinasi tersebut.
Jane Malysiak, seorang warga emas berusia 80-an antara pertama pertama vaksin di negara berkenaan diikuti oleh pekerja kesihatan dan pegawai lain.
Menurut tinjauan oleh Australia National University mendapati kira-kira 22 peratus warga Australia tidak mahu menerima vaksin susulan keraguan yang meningkat dalam beberapa bulan terakhir.
Program vaksinasi negara ini bermula beberapa bulan selepas negara lain.
Vaksin Oxford/AstraZeneca juga diluluskan dalam beberapa hari kebelakangan ini tetapi masih belum diberikan.
Australia berjaya mengekang virus berkenaan dengan hampir 29,000 kes dan 909 kematian pada populasi 25 juta. – AFP, 21 Februari, 2021.
Komen