Rusia daftar vaksin ketiga Covid-19


Rusia menjadi negara pertama mendaftarkan vaksin menentang Covid-19 pada Ogos tahun lalu dan suntikan Sputnik V telah ditempah lebih 24 negara di seluruh dunia. – Gambar AFP, 20 Februari, 2021.

RUSIA mendaftarkan vaksin ketiga Covid-19 dan akan mengedarkan penawar wabak itu kepada penduduk Rusia menjelang Mac.

Rusia menjadi negara pertama mendaftarkan vaksin menentang Covid-19 pada Ogos tahun lalu dan suntikan Sputnik V telah ditempah lebih 24 negara di seluruh dunia.

“Hari ini kita mendaftarkan vaksin ketiga, CoviVac,” kata Perdana Menteri Mikhail Mishustin dalam ucapan yang disiarkan televisyen tempatan.

“Menjelang pertengahan Mac, 120,000 dos akan diedarkan dalam kalangan rakyat negara ini,” katanya.

Keberkesanan Sputnik V telah disahakan oleh jurnal perubatan Lancet pada awal bulan ini.

Moscow bergantung kepada pengedaran vaksin untuk mengekang kesan gelombang kedua jangkitan Covid-19 yang melanda negara itu lewat tahun lepas.

Data juga menunjukkan kadar kematian akibat Covid-19 di Rusia masih antara yang tertinggi di dunia.

Presiden Vladimir Putin pada Oktober lepas mengumumkan negara itu mendaftarkan vaksin kedua EpiVacCorona yang akan dihasilkan secara besar-besaran pada bulan ini.

Mishustin berkata Rusia menghasilkan 10 juta dos Sputnik dan 80,000 dos EpiVacCorona. – AFP, 20 Februari, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen