Badan pemikir lancar tinjauan prestasi Perikatan


Institut Darul Ehsan menjalankan tinjauan mengenai reaksi rakyat terhadap prestasi kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin sepanjang pemerintahan sejak setahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Februari, 2021.

BADAN pemikir Institut Darul Ehsan (IDE) kini menjalankan tinjauan mengenai reaksi rakyat terhadap prestasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepanjang pemerintahan sejak setahun lalu.

Tinjauan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang bermula semalam akan berakhir Khamis minggu depan. Orang ramai boleh menyertai menerusi laman web IDE di www.ideselangor.com.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac tahun lalu, menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan ekoran Bersatu menarik diri dari Pakatan Harapan.

Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin kemudian menyertai PAS, Umno dan parti-parti Sarawak serta Sabah membentuk kerajaan PN.

Muhyiddin kini hilang sokongan majoriti selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya.

Ahli Parlimen Pagoh itu bagaimanapun berjaya meyakinkan Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen.

Majoriti ahli Parlimen membantah perisytiharan darurat kerana Muhyiddin hilang kelayakan untuk menasihati Agong susulan hilang sokongan majoriti. – 20 Februari, 2021.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen