Tiada paksaan terima vaksin Covid-19 di Sarawak


Desmond Davidson

SARAWAK tidak akan memaksa penduduknya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 kepada mereka yang tidak mahu, kata Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah hari ini.

“Kami tidak akan memaksa (tetapi) kami berharap semua orang mahu mendapatkan vaksin,” kata Uggah dalam taklimat kemas kini Covid-19 di bangunan Dewan Undangan Negeri lama di Kuching hari ini.

Dalam wawancara radio dengan RTM WFM di pejabatnya pada awal hari, Uggah, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri terpulang kepada individu untuk membuat pilihan.

Beliau berkata mereka yang bersetuju diberi vaksin perlu menandatangani borang persetujuan.

Uggah berkata beliau sedar sentimen antivaksin yang tersebar di media sosial.

Bagi menghilangkan persepsi dan maklumat yang salah, beliau berkata kerajaan negeri akan segera memberi maklumat bagi “mendidik” orang ramai mengenai kepentingannya vaksinasi dan mengapa perlu mendapatkannya.

“Pemerintahan dunia percaya dengan vaksin ini, dunia dapat secara efektif memutuskan rantaian penularan dan (mmbolehkan kita) kembali kepada kehidupan normal kita.”

Pengarah kesihatan negeri, Dr Chin Zin Hing, yang juga hadir dalam taklimat itu berkata “banyak negara” yang sudah menjalankan vaksinasi besar-besaran baru-baru ini, menyaksikan penurunan kes baharu, dan bilangan mereka dimasukkan ke hospital juga berkurangan.

Sarawak berharap dapat memvaksin 80% daripada 2 juta penduduknya yang berusia 18 tahun ke atas, dan sekitar 200,000 penduduk bukan warganegara turut menerima vaksin bagi mewujudkan “imuniti kelompok”.

Seorang penasihat utama jawatankuasa bencana, Dr Sim Kui Hian menulis di Facebook yang Sarawak merancang menyelesaikan ketiga-tiga fasa program vaksinasi menjelang Ogos dan bukannya mengikut sasaran negara pada Februari tahun depan.

Katanya, Sarawak sudah menetapkan awal April untuk menyelesaikan vaksinasi semua 97,000 barisan hadapannya dalam fasa pertama program.

Pada tahap dua dan tiga, disasarkan 929,000 orang dalam kategori berisiko tinggi dan 992,000 bagi kumpulan berumur 18 tahun ke atas, bermula pada akhir Mac dan Ogos.

Sarawak bakal menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada Khamis depan dan akan mengadakan program profil vaksinasi awal pada 27 Februari di Stadium Perpaduan di Petra Jaya.

Ketua Menteri Abang Johari Openg akan menjadi individu pertama di negeri ini yang diberi vaksin. – 19 Februari, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen