Adun Bukit Gasing persoal keberkesanan aplikasi MySejahtera 


Aplikasi Mysejahtera dilihat gagal membantu mengekang penularan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Februari, 2021.

PUTRAJAYA mesti menjelaskan kegunaan aplikasi MySejahtera yang nampaknya tidak berjaya mengekang Covid-19, kata Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran.

Beliau berkata MySejahtera gagal mencapai objektifnya, terutama dalam beberapa bulan terakhir dengan kes baharu harian Covid-19 mencapai empat digit.

“Kita perlukan MySejahtera agar kita semua selamat dalam krisis ini. Kita sepatutnya dimaklumkan oleh aplikasi jika berlaku kontak dengan virus dan diuji serta dikuarantin. Bagaimanapun, ini tidak berlaku.

“Kita mengimbas di setiap premis yang dimasuki, tetapi berapa banyak yang diberitahu yang mereka telah ada kontak dengan kes positif Covid-19 dan oleh itu harus melaporkan diri ke klinik kesihatan berdekatan untuk diuji?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Tidak nampaknya ini tidak berlaku, kerana sekarang kontak rapat yang diketahui tidak dihubungi untuk menjalani ujian, apatah lagi orang ramai yang mungkin berada di restoran atau cawangan bank yang sama dengan pesakit positif.”

Rajiv juga mempersoalkan mengapa rakyat dikenakan denda RM1,000 jika aplikasi itu tidak digunakan bagi tujuan yang dirancang - iaitu mengenal pasti kontak rapat dan mengekang penularan.

“Jika sistem berfungsi, dan kontak rapat dikenal pasti secara berkesan dan cekap, jumlah kita tidak akan meningkat begitu tinggi dan pantas.” – 18 Februari, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen