Satu pertiga tentera AS enggan terima suntikan vaksin Covid-19


Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin sudah menerima vaksin Covid-19. – Gambar AFP, 18 Februari, 2021.

PENTAGON berkata pada Rabu kira-kira satu pertiga tentera Amerika Syarikat (AS) menolak untuk menerima vaksin Covid-19, walaupun terdapat tahap jangkitan koronavirus yang signifikan.

Jeff Taliaferro mendedahkan kadar penolakan yang tinggi dalam pendengaran Kongres, ketika Jabatan Pertahanan AS terus mengklasifikasikan vaksin Covid-19 sebagai pilihan kerana belum mendapat persetujuan penuh daripada Pentadbiran Ubatan Persekutuan.

“Kadar penerimaan berada pada tahap dua pertiga,” kata Taliaferro, menegaskan angka itu berdasarkan “data yang sangat awal.”

Jurucakap Pentagon John Kirby berkata tiada data terperinci seluruh tentera mengenai vaksinasi, tetapi berkata lebih 916,500 sudah diberikan setakat ini.

Kirby berkata tahap penolakan setara dengan populasi umum, dengan vaksin belum banyak ditawarkan.

“Kami dalam tentera pada dasarnya mencerminkan kadar penerimaan masyarakat Amerika,” kata Kirby kepada wartawan.

Kerajaan menggunakan tentera dan Pengawal Nasional untuk membantu vaksinasi terhadap orang awam.

Kirby berkata pada akhir minggu ini, lebih 1 juta anggota tentera akan menerima suntikan vaksin.

Pentagon menjadikan kebanyakan vaksinasi standard wajib bagi anggota tentera.

Bagaimanapun, memandangkan vaksin Covid-19 hanya dipersetujui secara kecemasan, ia tidak boleh dipaksa diambil oleh rakyat, kata Kirby.

“Terdapat sekatan yang nyata mengikut undang-undang, justeru kita perlu menjadikannya wajib bagi tentera kita dan keluarga mereka.”

Beliau berkata Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin sudah menerima vaksin tersebut.

“Apa yang dikehendaki oleh setiausaha adalah agar lelaki dan wanita dalam jabatan membuat keputusan terbaik dan paling tepat bagi mereka, kesihatan mereka serta kesihatan keluarga mereka,” kata Kirby. – AFP, 18 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen