Banyak parti Melayu diwujudkan untuk jadi kaya, kata Dr M


Desmond Davidson

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan banyak parti politik Melayu adalah bertujuan untuk sebahagian ahli dan pemimpinnya memperkayakan diri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Februari, 2021.

KEWUJUDAN banyak parti politik Melayu adalah bertujuan untuk sebahagian ahli dan pemimpinnya memperkayakan diri, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Langkawi yang berusia 95 tahun itu berkata bahawa pihak-pihak ini yang mendakwa memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu sebenarnya adalah untuk mereka mendapatkan kekayaan yang lebih besar.

Beliau tidak menamakan mana-mana parti tetapi mereka yang kini aktif dalam kancah politik adalah Umno, PAS, PKR, Bersatu, Amanah dan partinya sendiri, Pejuang.

Dr Mahathir berkata pada zaman sebelum Merdeka, pemimpin Umno ketika itu benar-benar memperjuangkan orang Melayu secara prinsip.

“Hanya ada satu parti, Umno dan mereka (para pemimpin) berjuang untuk tidak ada satu pun. Ia tidak menarik,” katanya dalam wawancara secara langsung yang dianjurkan oleh Sinar Harian.

Dr Mahathir berkata setelah merdeka, orang mula melihat jalan menuju kekayaan adalah dengan kedudukan politik “dengan menjadi YB (wakil rakyat), dengan menjadi menteri, bahkan perdana menteri dan gaji menarik yang disertakan dengan jawatan itu. 

Menurutnya hasilnya memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu menjadi perkara kedua bagi ahli politik Melayu ini kerana mereka sibuk mengejar kekayaan dan kedudukan.

Beliau juga berkata partinya sendiri yang belum didaftarkan, Pejuang tidak akan memecahbelahkan perpaduan Melayu.

“Pejuang mempunyai “rancangan alternatif” tetapi belum mendedahkannya,” katanya.

Beliau menyalahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di atas penolakan permohonan pendaftaran Pejuang oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Dr Mahathir berkata penolakan pendaftaran Pejuang akan melemahkan pengaruh pembangkang pada pilihan raya akan datang.

“Ini tekaan peribadi saya…walaupun kami telah memenuhi semua syarat pendaftaran.

“Undang-undang menyatakan bahawa kerajaan harus mendaftarkan organisasi jika mereka memenuhi semua syarat,” katanya.

Beliau berkata ada permainan politik, sama seperti apa yang dilakukan bekas perdana menteri Najib Razak kepada Bersatu sebelum pilihan raya umum ke-14 pada 2018.

Bersatu sudah didaftarkan sebagai parti tetapi RoS mengeluarkan arahan pembubaran sebulan sebelum pilihan raya umum. – 17 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen