Sweden bersedia tutup restoran, salun, gimnasium


Sweden sebelum ini tidak pernah mengenakan perintah kawalan pergerakan berbanding negara-negara Eropah lain. – Gambar AFP, 17 Februari, 2021.

SWEDEN yang terkenal dengan pendekatan pandemik lebih lembut sedang bersiap menggunakan undang-undang baharu untuk menutup gimnasium, restoran dan salun rambut menjelang gelombang ketiga Covid-19, kata kerajaan itu.

Pada Januari Sweden menggunakan undang-undang pandemik yang memberi kuasa baharu kepada kerajaan untuk membendung penyebaran virus itu.

Negara itu tidak pernah mengenakan perintah kawalan pergerakan berbanding negara Eropah lain.

Bagaimanapun secara sedikit demi sedikit Sweden memperketatkan langkah-langkah itu sejak November termasuk larangan penjualan alkohol setelah jam 8 malam dan perhimpunan awam lebih dari lapan orang.

Sweden juga telah memperkenalkan had jumlah orang yang dibenarkan di pusat sukan, kolam renang dan pusat membeli-belah selain cadangan untuk mengenakan pemakaian pelitup muka bagi pengangkutan awam pada waktu sibuk.

Kerajaan sebelumnya telah membuat persiapan berdasarkan undang-undang pandemik untuk menutup pusat membeli-belah jika perlu, namun sekarang memperluaskannya kepada semua pusat komersial dan perkhidmatan, seperti gimnasium, kolam renang, pusat sukan, salun rambut, kafe dan restoran.

“Sekiranya kadar jangkitan menurun secara drastik, kerajaan perlu menutup beberapa perniagaan,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

“Kami tidak ada pengumuman mengenai penutupan hari ini, tetapi kami juga bersiap untuk menggunakan sebahagian dari undang-undang pandemik itu,” kata Menteri Kesehatan Lena Hallengren kepada wartawan.

“Waktu ini kami tidak percaya ianya perlu, tetapi kami juga tidak akan tunggu sampai terlewat,” katanya.

Negara berjumlah 10.3 juta orang itu dilanda teruk berbanding negara-negara jirannya, dan pada Selasa melaporkan sejumlah 617,869 kes kematian Covid-19 dan 12,487 kematian berkaitan.

Kes-kes telah menurun sejak pertengahan Disember, tetapi musim gugur telah reda sejak akhir-akhir ini membuatkan para pegawai kesihatan risau gelombang ketiga akan terjadi. – AFP, 17 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen