'Tekanan politik' sekat perjanjian vaksin Covid-19, kata Taiwan


Pandemik ini telah menyerlahkan pengasingan diplomatik dan ekonomi yang dilakukan oleh China terhadap 23 juta rakyat Taiwan. – Gambar AFP, 17 Februari, 2021.

PERCUBAAN Taiwan mendapatkan lima juta dos vaksin Covid-19 gagal di saat akhir kerana “tekanan politik,” kata menteri kesihatan Taipei, menimbulkan kebimbangan China akan membuat sekatan jalan untuk usaha inokulasi.

Menteri Kesihatan Chen Shih-chung berkata dalam wawancara radio, kesepakatan mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech telah gagal “di saat akhir” rundingan dengan BioNTech.

“Saya bimbang dengan campur tangan kuasa luar selama ini dan ada banyak kemungkinan. Saya bimbang dengan tekanan politik. Kami percaya ada tekanan politik,” katanya.

“Usaha itu gagal… kerana ada orang tidak mahu Taiwan terlalu seronok.”

Syarikat Jerman BioNTech telah membuat perjanjian dengan Fosun Pharmaceutical Group yang berpusat di Shanghai untuk membawa vaksin itu ke China.

Ketika ditanya apakah Beijing mungkin menyekat usaha itu, Chen menjawab “ini ada kemungkinannya tetapi kami tidak dapat mengesahkannya. Kami masih berkomunikasi dengan” syarikat itu.

“Sangat jarang untuk hentikan proses sebelum tukar kontrak,” kata Chen, sambil menambah BioNTech membatalkan perjanjian Disember dengan alasan “pendapat dalaman yang berbeza” dan “pengedaran vaksin antarabangsa”.

Fosun dan BioNTech tidak membalas permintaan untuk memberi komen.

Pandemik ini telah menyerlahkan pengasingan diplomatik dan ekonomi yang dilakukan oleh China terhadap 23 juta rakyat Taiwan.

Beijing melihat Taiwan yang diperintah sendiri sebagai sebahagian wilayahnya menunggu penyatuan semula, secara paksa jika perlu. – AFP, 17 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen